Kool FM

Senarai Pemain Malaysia Ke Separuh Akhir Indonesia Masters 2025


Tiga daripada lapan wakil negara berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir kejohanan badminton Indonesia Masters 2025 yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta.

Ia menjadikan tiga kejohanan berstatus Super 500 ke 1000 berturut-turut menyaksikan Malaysia mempunyai wakil di pusingan empat terbaik itu.

Pasangan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah menjadi wakil pertama mengesahkan kemaraan dengan kemenangan dicatatkan ke atas gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto 21-16, 21 -15.

Separuh Akhir Indonesia Masters
Kredit Foto: BAM

Slot kedua kem negara diisi Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang menundukkan rakan senegara, Wan Arif Junaidi-Yap Roy King juga dalam aksi ‘straight set’  21-15, 21-16.

Kejayaan itu mengulangi pencapaian Wei Chong-Kai Wun yang sebelum ini turut mara ke peringkat separuh akhir Terbuka Malaysia.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak mahu ketinggalan untuk melangkah ke separuh akhir Indonesia Masters selepas membenam cabaran pasangan baharu…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version