Kool FM

Senarai Pemain Malaysia Mara Ke Separuh Akhir Terbuka China 2025


Dua daripada enam wakil Malaysia mempamerkan aksi kemas  untuk meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka China 2025.

Selepas melihat Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing tewas kepada lawan masing-masing, Pearly Tan-M. Thinaah jelas tidak mahu mengikut jejak langkah rakan mereka itu.

Baca Juga:

Sebaliknya pasangan yang bakal berada di ranking kedua dunia secara rasmi pada minggu hadapan itu memperagakan corak permainan bertenaga untuk menewaskan gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto.

Kemenangan 21-16, 21-12 itu juga sekali gus melebarkan rekod pertemuan kedua-dua pasangan menjadi 4-1.

Malaysia
Kredit Foto: NSTP/EFFENDY RASHID

Manakala Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil kedua negara yang melangkah ke separuh akhir Terbuka China 2025 selepas menundukkan rakan sepasukan, Man Wei…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version