Berakhirnya Terbuka Singapura, pencinta badminton tanah air bakal disajikan pula dengan aksi menarik dalam Kejohanan Terbuka Indonesia 2025 yang akan berlangsung 3 hingga 8 Jun nanti.
Terbuka Indonesia yang bakal diadakan di Istora Senayan, Jakarta itu merupakan kejohanan berstatus Super 1000 dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Baca Juga:

Dengan status paling berprestij itu, ia pasti menarik kehadiran pemain-pemain terbaik dunia dalam usaha merebut kejuaraan.
Kem Malaysia yang mengecapi kejayaan pada tiga kejohanan berturut-turut menerusi Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut tidak ketinggalan menghantar pemain terbaik ke kejohanan tersebut.
Selain dua juara tersebut, lima lagi pasangan beregu negara akan turut beraksi nanti dengan penyertaan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, Arif Junaidi-Yap Roy King, Choong Hon Jian-Haikal Nazri, Ong Yew…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: