Lapan daripada 14 wakil negara meneruskan kemaraan ke pusingan 16 Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2025 yang berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium.
Dua pasangan beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin dan Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong mengesahkan kemaraan selepas menang pada aksi hari pertama semalam.
Baca Juga:
Sze Fei-Nur Izzuddin berjaya menundukkan wakil Kanada, Kevin Lee-Ty Alexander Lindeman 21-13, 21-15 manakala Azriyn-Wee Kiong pula mengenepikan cabaran adik beradik dari Perancis, Christo Popov-Toma Junior Popov 13-21, 21-17, 21-19.

Saingan hari ini pula menyaksikan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menumpaskan rakan senegara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik 21-15, 21-15.
Satu lagi aksi sesama sendiri telah dimenangi Man Wei Chong-Tee Kai Wun ke atas Wan Arif Junaidi-Yap Roy…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: