Kool FM

Senarai Pemain Negara Mara Ke Suku Akhir


Kem negara cukup cemerlang pada aksi pusingan 16 Terbuka Jepun 2025 selepas tujuh daripada lapan wakil berjaya melangkah ke suku akhir.

Pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai menjadi wakil pertama meneruskan kemaraan selepas menundukkan gandingan Singapura, Terry Hee-Jin Yu Jia 21-14, 21-17 dalam aksi selama 32 minit.

Baca Juga:

Langkah itu turut diikuti satu lagi pasangan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang bangkit daripada tewas set pertama untuk menewaskan Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu dari Indonesia 17-21, 21-16, 21-12.

Skrip sama turut dihadapi Ong Yew Sin-Teo Ee Yi hasil kemenangan ‘rubber set’ ke atas wakil Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Presley Smith 19-21, 21-14, 21-19.

Terbuka Jepun
Kredit Foto: Cheng Yiheng / Xinhua via AFP

Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong pula cemerlang dengan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version