Kejohanan Badminton China Masters 2025 yang berlangsung di Shenzen Arena bakal memasuki saingan suku akhir pada pagi esok.
Terdapat beberapa kejutan yang dilakarkan pemain bukan pilihan ke atas pemain pilihan dalam aksi pusingan 16, hari ini.
Baca Juga:
Kejutan Pemain Pilihan Di Pusingan 16
Kejutan terbesar dihadapi oleh pemain perseorangan utama Indonesia, Jonatan Christie yang tewas kepada pemain Chinese Taipei, Lin Chun-Yi.
Christie yang merupakan pemain pilihan kelima kejohanan tewas muda 5-21 pada set pertama dan cuba untuk memenangi set kedua tetapi dikecewakan 20-22.
Pemain pilihan keenam kejohanan, Chou Tien Chen pula terpaksa mengakui kehebatan pemain Perancis, Christo Popov 11-21, 21-18, 21-13.

Dua pasangan beregu yang pernah berada di ranking pertama dunia iaitu Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dan Liang Wei Keng-Wang Chang turut ditunjukkan jalan keluar dengan lebih awal.
Gandingan Denmark itu tewas…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: