Site icon Kool FM

Senarai Rasmi 12 Pasukan Bertanding

Liga Super


Malaysian Football League (MFL) sebentar tadi telah mengumumkan sebanyak 12 kelab akan bersaing merebut kejuaraan Liga Super 2026-2027 yang bakal membuka tirai pada 21 Ogos ini.

Menurut sumber kenyataan rasmi dikeluarkan badan penganjur bola sepak negara itu, kelab yang telah mengesahkan penyertaan adalah juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT), Kuching City FC, Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Terengganu FC, Star City FC yang sebelum ini dikenali sebagai Imigresen FC, Negeri Sembilan FC, Penang FC, Sabah FC, DPMM FC dan Melaka FC.

Manakala baki satu lagi slot akan diketahui pada 16 Julai 2026 apabila badan bebas First Instance Body (FIB) akan bersidang dalam menentukan status PDRM FC.

Kelab itu telah diberikan lesen berserta sekatan (licence with sanction) dengan tempoh pematuhan sehingga 15 Julai 2026 bagi mengemukakan maklumat tambahan untuk memenuhi keperluan Kriteria Kewangan serta Kriteria Infrastruktur.

Keputusan FIB ke atas status PDRM…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version