Air New Zealand sekali lagi dinobatkan sebagai syarikat penerbangan paling selamat di dunia untuk tahun 2025, mengekalkan gelaran tersebut buat tahun kedua berturut-turut, lapor Travel Leisure.
Pengiktirafan ini diberikan oleh laman web keselamatan penerbangan terkenal, AirlineRatings.com, yang setiap tahun menyusun ranking syarikat penerbangan terbaik dunia berdasarkan faktor keselamatan.
Kejayaan Air New Zealand ini menyingkirkan pesaing utama, Qantas dari Australia, yang berada di tempat kedua dengan perbezaan hanya 1.5 mata.
“Pertarungan antara Air New Zealand dan Qantas sangat sengit sekali lagi, tetapi Air New Zealand kekal di hadapan berkat usia pesawat yang lebih baru,” kata Sharon Petersen, Ketua Pegawai Eksekutif AirlineRatings.com.
Selain Air New Zealand dan Qantas, tempat ketiga dalam senarai ini dikongsi oleh tiga syarikat penerbangan hebat: Cathay Pacific, Qatar Airways, dan Emirates.
Petersen menjelaskan bahawa ketiga-tiga…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
