Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Senarai Wakil Negara Mara Ke Separuh Akhir

today22 May 2026

Background
Malaysia Masters 2026


Tiga wakil negara tampil cemerlang untuk melangkah ke separuh akhir kejohanan badminton Malaysia Masters 2026 yang berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil.

Pada aksi yang berlangsung sebelah pagi, gandingan Wan Arif Junaidi-Yap Roy King mempamerkan aksi bertenaga untuk menundukkan Chen Zhi Yi-Presley Smith dari Amerika Syarikat dengan kemenangan 21-15, 21-19.

Di separuh akhir, mereka akan berhadapan dengan pasangan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard.

Selepas K. Letshanaa tewas di tangan Hina Akechi, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani selaku pilihan ketiga kejohanan berjaya mengenepikan cabaran sengit diberikan pasangan Jepun, Kakeru Kumagai-Hiroki Nishi 21-17, 16-21, 21-16.

Malaysia Masters 2026: Senarai Wakil Negara Mara Ke Separuh Akhir
Kredit Foto: BAM

Langkah cemerlang itu diteruskan pilihan utama kejohanan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menewaskan Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi dari China 21-15, 21-16

Kemenangan yang bakal menemukan Aaron-Wooi Yik bertemu Sze Fei-Nur Izzuddin pada aksi separuh akhir petang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Bila Sabah & Sarawak Tune In Dalam Satu Frekuensi, Memang Lain Macam Vibenya

Viral

Bila Sabah & Sarawak Tune In Dalam Satu Frekuensi, Memang Lain Macam Vibenya

Setiap kali musim Kaamatan dan Gawai tiba, anthem Happy Gawai Kaamatan Pepsi pasti kembali mewarnai suasana perayaan di Sabah dan Sarawak. Tahun ini, semangat itu dibawa ke satu pengalaman yang lebih dekat dengan pendengar menerusi ‘PEPSI FM – Dari Frekuensi ke Hati, Happy Gawai Kaamatan’. Buat pertama kalinya, Pepsi menyatukan empat stesen radio ikonik Borneo

today22 May 2026