Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sengaja Ceroboh Rumah Nabil Ahmad Untuk ‘Makan Tidur’, Seorang Lelaki Didenda RM3,000

today29 August 2023

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Seorang penganggur didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah sengaja menceroboh rumah pelakon dan pengacara Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali Nabil Ahmad.

Artikel Berkaitan:

Memetik laporan Berita Harian, tertuduh Fadzril Aqmal Abdul Anif, 31 dari Rembau, mengaku salah melakukan perbuatan itu sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, Kartini Kasran.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada jam 7.50 malam, 4 Januari 2022 bertempat di Kampung Senama Tengah, Rembau.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 442 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Majistret turut memerintahkan lelaki itu dipenjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh masuk ke dalam rumah berkenaan secara menolak pintu dengan kuat, selain makan, berehat dan tidur di dalam rumah berkenaan.

Sebaik dimaklumkan rumah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post