Pemain tengah kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Burnley FC iaitu Joshua Brownhill dikatakan memiliki darah keturunan Malaysia daripada sebelah ibunya.
Malah, neneknya juga berasal dari Malaysia dan beliau cukup mengenali pemain tengah skuad Harimau Malaya, Stuart Wilkin.
Baca Juga:
Perkembangan itu didedahkan oleh laman pencari bakat, Frfuturetalents yang masih aktif mencari pemain keturunan Malaysia di luar negara.
“Joshua Brownhill dilahirkan di Warrington, England. Memiliki darah Malaysia menerusi ibunya. Neneknya juga berasal dari Malaysia. Joshua sangat mengenali pemain Harimau Malaya, Stuart Wilkin,” tulis Frfuturetalents.

Brownhill yang berusia 28 tahun merupakan antara tonggak utama Burnley dalam saingan EPL musim ini. Berdasarkan rekod, beliau telah menjaringkan 3 gol dalam 27 penampilan termasuk satu gol di Piala FA.
Pemain tersebut turut membantu Burnley menjuarai EFL Championship pada musim 2022-2023 dan tersenarai antara 11 pemain terbaik pilihan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: