Site icon Kool FM

Seorang Lelaki Ditahan Selepas Bawa Lari RM560,000 Milik Pengusaha Kedai Emas




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Pengusaha kedai emas terpaksa berputih mata apabila mendakwa diperdaya seorang lelaki tempatan sehingga mangsa menyerahkan RM560,000 untuk membeli emas 916 secara bersemuka di Jalan Conlay. Bagaimanapun, barangan yang dibeli tidak diterima dan wang ringgit wanita itu telah dibawa lari.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, lelaki berusia 30 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Stesen Sentral di sini kira-kira jam 3.10 pagi kelmarin.

Setelah menerima laporan polis daripada mangsa, pihaknya mengesan suspek sebelum menangkapnya.

“Kita (polis) turut merampas kereta, wang tunai RM250,750, tiga telefon bimbit, sepasang kasut, sehelai baju dan seluar, cop syarikat, beg, buku cek, pasport, anak kunci serta kad akses rumah.

“Suspek direman selama empat hari sehingga 24 Mei ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version