Site icon Kool FM

Seorang Rakyat Tempatan Sah Jadi Askar Upahan Di Ukraine


Seorang rakyat Malaysia sah menjadi askar upahan Ukraine selepas dokumen peribadinya ditemukan di medan peperangan sekitar dua minggu lalu.

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan tular gambar warga tempatan terbabit di media sosial.

Baca Juga:

“Lelaki itu menyertai perang di Ukraine kerana minat dalam ketenteraan dan menerima gaji antara AS400 (kira-kira RM1,700) hingga AS2,700 (kira-kira RM12,000) sebulan mengikut tahap bahaya di medan perang.

“Selain itu, tekanan daripada keluarga turut dipercayai menyebabkan dia sanggup menjauhkan diri daripada keluarga ke negara berkenaan,” katanya dipetik dari laporan Harian Metro.

Menurut beliau, lelaki yang berusia dalam lingkungan 20 tahun itu masih hidup dan dilaporkan selamat buat masa ini.

Dokumen rasmi yang ditemui di medan peperangan antara Ukraine dan Rusia berupa kad pengenalan MyKad…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version