
Skuad Sepak Takraw Malaysia akhirnya berjaya menamatkan penantian panjang selama 34 tahun untuk memenangi pingat emas dalam acara regu berpasukan lelaki Sukan SEA selepas cemerlang menewaskan Thailand 2-1 pada aksi final sebentar tadi.
Kemenangan penuh bersejarah itu lebih manis kerana barisan pemain negara dapat melenyapkan sorakan padu penyokong tuan rumah yang membanjiri Gimnasium Nakhon Pathom.
Thailand bermula dengan baik apabila regu pertama diwakili Pornthep Thinbangbon, Phutawan Sopa (Varayut Jantarasena) dan Marukin Phanmakon menang set pertama 15-9 ke atas Haziq Hairul Nizam, Muhammad Noraizat Nordin dan Amirul Zazwan Amir.
Regu Malaysia itu bagaimanapun tampil lebih cemerlang pada set kedua untuk menang 15-11 bagi mengheret aksi ke set penentuan.
Aksi lebih sengit dapat disaksikan pada set ketiga apabila kedua-dua regu saling kejar-mengejar mata hingga terikat 13-13. Namun, nasib lebih menyebelahi Thailand yang mengesahkan kemenangan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: