Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

” Sepak Teranjang Memang Makanan Dari Kecil..”- Janna Nick Menghidap Bipolar

today22 April 2021

Background

Terbaru, Janna Nick berkongsikan satu posting selepas dua minggu menyepi. Namun apa yang mengejutkan ramai adalah pengakuan Janna Nick bahawa dia didiagnosis mempunyai bipolar disorder.

Katanya, dia telah mengambil ubat antidepressant medication ( Escitalopram ) & Carbamazepine selama seminggu dan kini berada dalam keadaan yang stabil.

Janna Nick berkata dia menganggap bahawa normal untuk ada 3 atau 4 suara dalam kepala. Namun selepas dia mengambil ubat selama seminggu dia baru sedar bahawa keadaan itu adalah tidak normal.

Menerusi kapsyen Janna Nick, dia meluahkan bahawa zaman kanak-kanaknya tidaklah seindah seperti kanak-kanak yang lain. Mungkin juga kesan daripada masa lalu ini menjadikan Janna Nick bipolar.

Janna Nick mengaku bahawa dia pernah beberapa kali cuba untuk bunuh diri semenjak umurnya 8 tahun lagi.

Setelah dia mengharungi beberapa kisah pahit dalam hidup, kini Janna Nick berkata fokusnya adalah kepada dirinya sendiri. “If I don’t feel good, I’ll always decide to go away by myself. Because I’m the happiest when I’m alone” ujarnya.

Apa-apa pun kita doakan semoga ujian yang menimpa Janna Nick beransur agar dia dapat kembali ceria seperti sedia kala.

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Baca juga: “Cuma Nak Jujur Dengan Diri..” – Janna Nick Padam Gambar Profil Buat Netizen Tertanya

Sumber: Janna Nick

Written by: Danisyah Dalily


Previous post