Sepanyol meneruskan kecemerlangan dengan menjulang trofi Euro 2024 selepas berjaya menundukkan England 2-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Olympiastadion, Berlin sebentar tadi.
Kejayaan manis itu merupakan kejuaraan kali keempat dimenangi oleh Sepanyol dimana sebelum ini mereka menjuarainya pada 1964, 2008 dan 2012.
Baca Juga:
Satu pencapaian yang menjadikan Sepanyol sebagai pasukan yang memenangi kejuaraan Euro terbanyak dalam sejarah kejohanan tersebut.
Aksi bagaimanapun tidak banyak yang dapat diperkatakan pada babak pertama walaupun Sepanyol lebih menguasai permainan dan mempamerkan aksi tersusun.
Suhu permainan bertambah menarik ketika memasuki separuh masa kedua dengan Nico Williams membuka tirai jaringan pada minit ke-47.
Berpunca daripada gerakan lincah Lamine Yamal, beliau kemudiannya melakukan hantaran kepada Wiliams yang tidak berdepan masalah untuk menewaskan Jordan Pickford dalam kawasan penalti bagi meletakkan Sepanyol…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: