Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Serah Bagasi Berisi Lebih RM500,000 Kepada Polis, Kejujuran ‘Abang Guard’ Raih Pujian Netizen

today21 March 2024

Background
Serah Bagasi Berisi RM500,000 Kepada Polis, Kejujuran 'Pak Guard' Raih Pujian Netizen


Baru-baru ini seorang ‘abang guard‘ di sebuah pusat beli-belah di Damansara tidak menyangka menemui bagasi yang berisi wang tunai melebihi RM500,000.

Bagasi tersebut ditemui di tempat meletak kenderaan di premis berkenaan, petik Berita Harian.

Baca Juga:

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengawal keselamatan warga tempatan berusia 30-an semalam berkaitan penemuan sebuah bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana kira-kira jam 8 pagi.

Sumber Gambar: Berita Harian

Menurutnya, hasil pengiraan mendapati beg itu berisi wang kertas RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000.

“Kita percaya wang berkenaan adalah tulen. Bagaimanapun kita akan sahkan dengan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Justeru, kita minta mana-mana individu yang ada tertinggal bagasi berisi wang lebih RM500,000 untuk tampil ke Balai Polis Petaling Jaya atau menghubungi 03-79662222,” katanya pada sidang media di…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post