Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Ammy Angah, kelihatan kanak-kanak berkenaan dengan tenang berjalan di di hujung balkoni dipercayai di rumahnya yang berada di tingkat lapan sambil dilihat adiknya yang masih kecil.
“Jangan biarkan anak dan jangan leka bila duduk rumah tinggi. Akibatnya nanti menyesal tak sudah…” tulisnya di ruang kapsyen.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Selayang, Selangor dan kanak-kanak berkenaan juga dilihat meninjau rumah jirannya tanpa rasa takut.
Malah, kanak-kanak perempuan itu juga bagaikan tiada rasa gayat apabila memanjat semula pagar balkoni berkenaan sebelum masuk ke dalam rumah.
Tonton video penuh tersebut di bawah:
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: