Bermula hari ini keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) sudah boleh disemak. Menerusi laporan Berita Harian, seramai 28,531 daripada 230,687 calon yang menduduki peperiksaan UPKK 2023 peroleh keputusan cemerlang (A) bagi semua lapan mata pelajaran peperiksaan itu.
Mata pelajaran tersebut adalah Bidang al-Quran; Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah); Sirah; Adab; Jawi dan Khat; Lughatul Quran; Penghayatan Cara Hidup Islam serta Amali Solat.
Baca juga: Trend Menari Lagu ‘Alamak Raya Lagi’ Boleh Jatuh Haram Jika…
SERAMAI 28,531 PEROLEH 8A UNTUK PEPERIKSAAN UPKK

Sumber: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, 88% calon mencatat lulus keseluruhan, manakala pencapaian Gred Purata Skor UPKK secara keseluruhan pula adalah 1.89 mata.
Jelasnya Gred Purata Skor bagi mata pelajaran al-Quran adalah sebanyak 1.35 mata, Ulum Syariah (2.52 mata); Sirah (2.31 mata); Adab (2.03 mata); Jawi dan Khat (1.97…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: