Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

SeRenE, Megamas bangunkan kapal canggih untuk kerja kabel luar pesisir, dasar laut

today24 February 2025

Background


PETALING JAYA – Semarak ­Renewable Energy Sdn. Bhd. ­(SeRenE) menjalin kerjasama strategik dengan Megamas Resources (Megamas) dari Singapura untuk membangunkan kapal canggih bagi kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan kabel tenaga luar pesisir serta ­telekomunikasi dasar laut.

Inisiatif ini akan diterajui oleh syarikat usaha sama, Semarak MIS Sdn. Bhd., dengan matlamat memperkukuh infrastruktur tenaga dan digital di Asia Tenggara berikutan termeterainya memorandum perjanjian (MoA) antara SeRenE dan Megamas di sini.

Kapal sepanjang 120 meter ini direka dengan teknologi terkini oleh Ulstein Design dan Solutions dari Norway, dilengkapi sistem Dynamic Positioning Class 2 (DP2) bagi memastikan operasi lebih stabil dan cekap dalam pelbagai keadaan laut.

Projek ini turut mendapat sokongan syarikat antarabangsa termasuk Chalfouh LLC, Crewstone International dan Symphonet yang akan membantu dalam aspek strategik, pembiayaan serta pemasangan kabel dasar laut.

Pengarah Urusan SeRenE,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post