Site icon Kool FM

Seri Perlawanan Ini Umpama Satu Kekalahan

Van Dijk


Pertahanan kental Liverpool, Virgil van Dijk menganggap satu mata diraih ketika bertemu Manchester United malam tadi umpama satu kekalahan baginya.

Luis Diaz membuka tirai jaringan pada babak pertama dan kemudiannya kesilapan Jarell Quansah membolehkan Bruno Fernandes menyamakan kedudukan pada minit ke-50.

Baca Juga:

Kobbie Maino membuktikan kemampuannya dengan meletakkan tuan rumah dihadapan tetapi sepakan penalti Mohamed Salah memaksa kedua-dua pasukan berpuas hati dengan satu mata.

Diimbas kembali aksi Liverpool di Old Trafford itu, van Dijk melihat pasukannya mampu untuk meraih kemenangan dengan deretan percubaan dijelmakan tetapi kesilapan mudah menghancurkan segalanya.

“Rasanya seperti mengalami kekalahan, lebih-lebih lagi kerana ia merupakan salah kami sendiri,” ujar van Dijk menurut sumber  laporan Goal.

“Kami mendapat banyak peluang dan sepatutnya boleh mengakhiri perlawanan ini dengan kemenangan.”

“Sayangnya kesilapan individu yang berlaku hingga…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version