
Penyakit autoimun merupakan keadaan kesihatan yang boleh memberi kesan serius apabila sistem imun badan mula menyerang sel dan organ sendiri.
Apa itu autoimun?


Sistem imun berfungsi melindungi tubuh daripada ancaman luar seperti virus, bakteria dan kulat. Namun bagi pesakit autoimun, sistem imun gagal mengenal pasti sel badan sendiri dan menghasilkan antibodi yang menyerangnya.
Menurut Pakar Perunding Perubatan Hospital Columbia Asia Puchong, Dr. Muhammad Shahruddin, keadaan ini berlaku apabila sistem imun tidak dapat membezakan antara tisu badan sendiri dan bahan asing.
Pada peringkat awal, penyakit autoimun sukar dikenal pasti kerana simptomnya tidak spesifik. Antara tanda yang sering berlaku termasuk keletihan melampau, badan lemah, sakit otot, demam berpanjangan, sakit dan bengkak sendi, kesukaran bergerak serta keguguran rambut.
Simptom lain termasuk ruam kulit, sensitif terhadap cahaya matahari, perubahan berat badan, kebas tangan dan kaki, kekeringan mata atau mulut serta…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: