Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Phillipe Coutinho bertekad mahu membalas kepercayaan yang diberikan selepas beliau dan Aston Villa telah mencapai kata sepakat bagi membolehkannya dipinjamkan ke kelab Liga Perdana Inggeris dari Barcelona.
Pinjaman sehingga penghujung musim dengan pilihan pembelian secara tetap itu juga menyaksikan Coutinho akan kembali bekerjasama dengan bekas rakan sepasukannya di Liverpool, Steven Gerrard yang kini merupakan pengurus kelab dari Birmingham itu.
Coutinho dan Gerrard menjadi sandaran utama Liverpool selama tiga musim [2012/13 hingga 2014/15] sebelum kapten legenda itu memilih untuk berkelana ke Amerika Syarikat bagi mewakili LA Galaxy dalam saingan Major League Soccer (MLS).
Pemain kelahiran Rio de Janeiro itu pula terus bertahan selama tiga musim di Anfield dan akhirnya berhijrah ke Barcelona pada 6 Januari 2018 dan satu keputusan yang disifatkan oleh peminat bola sepak sebagai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
