Untuk rekod, juara OIAM musim baharu ini akan membawa pulang hadiah yang bernilai sehingga RM1 juta.
Dalam pada itu, menerusi laporan Berita Harian, peserta pertama melepasi uji bakat OIAM di Johor Bahru, Muhammad Hadzri Hussein, atau Ary Hussein, 39, tiba seawal jam 6 pagi tadi, bagi mengikuti uji bakat berkenaan.
Katanya, beliau bertolak dari Nilai, Negeri Sembilan, pada jam 3 pagi ditemani sepupu dan dua sahabat karibnya.
“Alhamdulillah, cubaan saya menghadiri uji bakat pertama OIAM di sini, akhirnya berbaloi apabila terpilih ke peringkat seterusnya.
“Walaupun gementar berhadapan Cikgu Sarah dan AG Coco, namun mereka memberikan nasihat untuk memperbaiki nyanyian supaya lebih baik selepas ini,” katanya ketika ditemui.
Selepas Johor Bahru, uji bakat bersemuka OIAM akan diteruskan lima lokasi seluruh Malaysia iaitu di Sabah, Pulau Pinang, Pahang dan Kuala Lumpur, pada setiap hujung minggu antara 9 hingga 17 November ini, dengan lokasi uji bakat akan diumumkan dalam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: