Site icon Kool FM

Sesko Masih Jauh Lagi Nak Dapatkan Tahap Terbaik

Sesko


Gary Neville mengkritik penyerang baharu Manchester United, Benjamin Sesko yang dilihat masih tidak mampu menjelmakan sumbangan berkesan buat pasukan.

The Red Devils melabur sebanyak £74 juta ($100 juta) untuk mendapatkan Sesko selepas pencarian panjang mereka untuk penyerang No.9 baharu berakhir dengan perpindahan besar dari RB Leipzig.

Baca Juga:

Penyerang antarabangsa Slovenia itu setakat ini hanya dimasukkan dari bangku simpanan ketika berdepan Arsenal dan Fulham kerana Ruben Amorim lebih memilih untuk meletakkan Matheus Cunha selaku penyerang utama.

Beraksi selama 25 minit pada aksi menentang Arsenal dan 37 minit sewaktu berdepan Fulham, Sesko gagal mencipta sebarang impak dalam kedua-dua perlawanan itu, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tahap kesediaannya untuk beraksi.

Keadaan itu sekali gus merintis kepada kritikan manja Neville yang cukup dikenali dengan kelantangan dalam mengkritik mana-mana pemain serta pasukan.

Komen Neville…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version