Bayangkan RM277 bilion hilang begitu saja dalam masa lima tahun – Bukan dalam bentuk pelaburan, bukan juga dalam bentuk subsidi rakyat – tetapi disebabkan oleh rasuah, lapor Harian Metro.
Jumlah ini bukan rekaan, tetapi angka yang dikemukakan sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berdasarkan anggaran kerugian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dari tahun 2018 hingga 2023.
Rata-rata, Malaysia mungkin kehilangan purata RM55 bilion setiap tahun kerana korupsi.

Dalam bahasa mudah: negara ‘berdarah’ secara senyap dan sistemik.
Rasuah Bukan Benda Baru
Rasuah bukan lagi berlaku dalam bentuk suapan bawah meja, seperti yang sering dibayangkan dalam drama atau filem.
Realitinya jauh lebih licik dan kompleks.
Menurut Azam, jenayah rasuah kini menyamar di sebalik sistem yang kononnya sah — menggunakan nama kos operasi, yuran perunding, perbelanjaan hiburan, atau apa sahaja…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: