Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Sejumlah atlet Australia didakwa telah merosakkan dinding dan menghancurkan katil kadbod yang disediakan oleh penganjur Olimpik Tokyo 2020. Dakwaan ini sudah sampai ke pihak Jawatankuasa Olimpik Australia yang menyatakan bahawa insiden melibatkan atlet mereka adalah salah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima.
Bagaimanapun, Ian Chesterman, ketua pasukan Australia tidak merancang untuk mengambil apa-apa tindakan kerana para atlet sudah pun membuat permohonan maaf. Dia turut menambah bahawa kerosakan yang dilakukan oleh atlet Australia itu kecil dan “bukanlah musnah sepenuhnya.”
Dalam kes yang lain, Jawatankuasa Olimpik Australia mengatakan badan bola sepak kebangsaan dan ragbi sedang menyiasat laporan mengenai tingkah laku atletnya semasa penerbangan pulang ke Sydney. Bagaimanapun masih belum ada laporan rasmi dari syarikat penerbangan yang membawa pulang atlet terbabit, namun beliau…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: