Marang: “Setiap kali berlaku kejadian lemas, hati saya akan menangis,” kata Farimah Ibrahim yang kehilangan suaminya selepas dikhuatiri lemas kira-kira tiga tahun lalu dan hingga kini jasadnya masih belum ditemui.
Suaminya, Zakaria Omar, 58, seorang nelayan dipercayai lemas ketika menangkap ikan di kawasan Pantai Jambu Bongkok pada 12 Ogos 2017.
Farimah, 53, berkata, suaminya itu dipercayai terjatuh ke laut dan bot gentian kaca milik Zakaria ditemui penduduk di pesisir pantai kira-kira…