
PETALING JAYA – Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City, Johor berpotensi untuk melepasi sasaran pelaburan RM2 bilion tahun ini susulan sambutan menggalakkan yang diterima sejak kawasan itu diperkenalkan sebagai zon khas tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif Invest Johor, Natazha Harris berkata, sehingga kini, sebanyak 260 pertanyaan daripada pelabur yang berminat mengenai SFZ Forest City diterima Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia di Johor (IMFC-J) dengan 48 pertanyaan direkodkan pada tahun ini sehingga April.
Invest Johor adalah agensi promosi pelaburan utama kerajaan negeri Johor.
Menurut beliau, ia melibatkan sektor perkhidmatan kewangan, perkhidmatan perniagaan dan firma pengurusan kekayaan keluarga tunggal dengan separuh daripadanya datang daripada pelabur domestik.
Buat masa ini, kebanyakan pelabur mengambil pendekatan jangka sederhana hingga panjang kerana skala dan kedudukan strategik SFZ Forest City berada dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: