Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Shafiq Abdul Jabbar dilantik CFO AMMB

today19 December 2023

Background


PETALING JAYA – AMMB Holdings Berhad mengumumkan pelantikan terbaharu dalam pengurusan kanannya iaitu Shafiq Abdul Jabbar sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO)nya .

Menurut makluman kumpulan kepada Bursa Malaysia hari ini, Shafiq, 46, memiliki pengalaman yang meluas dalam bidang kewangan dalam beberapa syarikat korporat sebelum ini.

Beliau adalah akauntan bertauliah daripada Institut Perakaunan Malaysia dan akauntan bertauliah (felow) daripada Chartered Accountants di Australia dan New Zealand.

Sebelum memegang jawatan penting, Shafiq bertugas sebagai  CFO Kumpulan di Astro Malaysia Holdings Berhad, pernah bekerja sebagai Pengawal Kewangan dan juga Ketua Pegawai Kewangan sehingga Januari 2017 selain pernah berkhidmat sebagai Pengurus kepada Pengarah Eksekutif di Pricewaterhouse (Kuala Lumpur dan London). -KOSMO! ONLINE

 



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Hiburan Semasa

Isma Aliff kritikal, ditidurkan

Kuala Lumpur: Artis serba boleh era 1980-an, Isma Aliff, 59, kini kritikal dan ditidurkan selepas dikesan mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today19 December 2023