Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menambah satu lagi pungutan pingat gangsa buat kontinjen negara selepas beliau menamatkan aksi final acara keirin temasya Sukan Asia (Asian Games) 2022 di kedudukan ketiga, sebentar tadi.
Pingat emas acara yang boleh dikatakan cukup berbahaya dalam acara basikal trek ini menjadi milik pelumba tuan rumah, Zhou Yu dengan catatan masa 9.722 saat.
Skrip yang hampir serupa seperti aksi final di Sukan Olimpik 2020 Tokyo lalu kerana Zhou Yu mendapat ruang seluas-luasnya untuk melakukan pecutan sebaik sahaja ‘pacer’ keluar dari trek.
Keadaan itu membuahkan hasil lumayan buat beliau yang mudah untuk meraih pingat emas. Pingat perak dimenangi oleh pelumba Korea Selatan, Kang Seojun yang ketinggalan 1.474 dibelakang Zhou Yu.
Manakala Shah Firdaus yang berada di kedudukan terakhir sejak dari mula aksi final itu melakukan kayuhan mantap bak peluru untuk menamatkan saingan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: