Site icon Kool FM

Shahidan Kassim Dilantik Sebagai Presiden KL City


Kelab Bolasepak Kuala Lumpur (KL City) semalam mengumumkan perlantikan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim penaung dan Presiden yang baharu bagi menggantikan tempat Tan Sri Annuar Musa.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Menurut kenyataan rasmi, bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis itu akan bertindak sebagai penasihat dalam urusan berkaitan bola sepak untuk membawa KL City ke tahap lebih tinggi.

Presiden KLFA, Khalid Abdul Samad berkata pelantikan Shahidan akan menjadi bukti perpaduan melalui sukan bola sepak walaupun berbeza fahaman politik.

“Sebagai Presiden KLFA, saya bangga Shahidan telah menerima tawaran kami untuk menjadi Presiden KL City.

“Ini menunjukkan peranan sukan dan bola sepak khususnya merupakan wadah penyatuan iaitu orang yang berbeza fahaman politik seperti saya dan Shahidan boleh bersatu demi kemajuan bola sepak Kuala Lumpur.

“Saya percaya menerusi peranan Shahidan sebagai Presiden KL City FC, kami boleh…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version