Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pihak berkuasa China akan menutup Shanghai Disneyland sekurang-sekurangnya sehingga hari ini selepas kes COVID-19 meletus di taman tema terbabit. Difahamkan bahawa 34,000 orang termasuk pengunjung dan juga pekerja di sana diwajibkan untuk menjalani ujian COVID-19 sebelum dibenarkan meninggalkan taman teman terbabit pada hari Ahad lalu.
Pengurus Shanghai Disneyland dan Disneytown dalam kenyataan pada jam 6 petang Ahad memaklumkan kepada umum bahawa kesemua kemudahan yang terdapat di taman tema akan digantung perkhidmatannya buat sementara waktu.
Kakitangan dan pelawat, yang kebanyakannya hadir ke sana bagi meraikan karnival Halloween telah menjalani ujian COVID-19 di pintu keluar taman tema. Mereka juga diwajibkan untuk menjalani ujian kedua 24 jam selepas ujian pertama, dan melakukan 12 hari pemantauan kendiri jika kedua-dua ujian negatif, menurut kenyataan dari Shanghai Disneyland.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: