Pelakon, Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa kurang senang apabila mendakwa terpaksa menunggu agak lama sebelum dipanggil berjumpa doktor ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Perlukan Rasa Hormat 100% Daripada Calon Isteri’ – Sharnaaz Ahmad
Tunggu lama

Menerusi hantaran di Instagram, Sharnaaz, 39, berkata, dia ke klinik berkenaan kerana mengalami masalah perut yang tidak selesa, namun terkilan apabila proses menunggu agak lama walaupun jumlah pesakit ketika itu tidak ramai.
Saya pergi klinik kerana tidak berapa sihat, perut saya tidak sedap. Pergi klinik untuk check perut saya.
Staff di klinik tersebut baik, tiada masalah. Cuma saya nak tanya kenapa doktor ambil masa yang lama antara seorang pesakit dengan pesakit lain.
Sewaktu saya menunggu, depan saya ada dua orang, tapi tidak beranjak dekat setengah jam. Apa doktor buat dalam bilik? Apa yang lama sangat nak panggil pesakit.
Saya sendiri tidak mahu lama-lama duduk di klinik, tak selesa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: