

Atlet gimnastik artistik negara, Sharul Aimy meraih pingat emas di Sukan Sea 2025 Thailand menerusi disiplin melombol atau ‘vault’ individu lelaki.
Artikel Berkaitan: Sharul Aimy Sedia Jadi Pelakon & Tanam Impian Jadi Jurulatih Gimnastik
Emas buat Sharul


Kejayaan itu diraih selepas Sharul berjaya mempamerkan aksi cemerlang dan mengutip 13.833 mata pada aksi final yang berlangsung pada Jumaat.
Anak jati kelahiran Terengganu itu juga berjaya mengetepikan pencabar dari Vietnam dan Filipina.
Kejayaan itu sekali gus menambah pingat emas buat kontijen negara dengan jumlah terkini tujuh emas secara keseluruhan.
Terdahulu pada Khamis, Sharul berjaya merangkul pingat gangsa menerusi disiplin kuda pelana.
Sementara itu, media sosial dihujani ucapan tahniah daripada rakyat Malaysia atas kejayaan Sharul.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: