
TAIPING – Syarikat pengeluar makanan ternakan akuakultur dari Taiwan, China iaitu Sheng Long Aqua Technology (M) Sdn. Bhd. (Sheng Long Aqua Technology) melabur RM140 juta di Kamunting di sini untuk membina kilang pertamanya di negara ini.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Teh Kok Lim berkata, pelaburan tersebut sekali gus membuktikan keyakinan pelabur terhadap Perak sebagai destinasi strategik bagi pembangunan sektor pembuatan dan pelaburan.
“Kilang dijadualkan memulakan operasi pada 2028. Fasiliti baharu ini melibatkan pelaburan fasa pertama berjumlah kira-kira RM140 juta.
“Ia akan menghasilkan makanan ternakan akuakultur berkualiti tinggi dan dilengkapi dengan dua talian pengeluaran makanan udang serta dua talian pengeluaran makanan ikan, dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 150,000 tan metrik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Syarikat Sheng Long Aqua Technology (M) Sdn. Bhd. di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: