Site icon Kool FM

Shila Amzah Sahkan Anaknya Ada Autisme


Shila Hamzah berkongsi bahawa anak lelakinya, Seth Uwais mengidap autisme tahap satu.

Seth Uwais merupakan anak hasil daripada perkahwinan terdahulu Shila Amzah dengan Haris Edraki.

Shila Amzah  bersyukur kerana berjaya mengetahui keadaan sebenar kesihatan anaknya.

Sebelum ini Shila Amzah mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan kelakuan anaknya. Lalu dia memutuskan untuk menghantar anaknya untuk pemeriksaan doktor.

Dan ternyata doktor mengesahkan bahawa Seth Uwais ada autisme tahap 1.

Dipetik daripada Mstar, Shila Amzah berkata: “Saya baru sahaja balik dari hospital, dan Seth didiagnosis autisme tahap satu.

“Alhamdulillah, saya memang dah lama rasa ada sesuatu, sama ada autisme atau ADHD.”

Penyanyi itu mendapat sokongan daripada peminatnya di ruangan komen. Dan Shila Amzah menyatakan bahawa dia yakin akan mampu untuk mendidik dan membesarkan Seth sesuai dengan cara membesarkan kanak kanak autistik.

“Bila dah sah, senang la kita…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version