Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong yakin anak buahnya akan bangkit pada perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2020 menentang Thailand di Stadium Nasional Singapura malam esok.
Walaupun dibelasah 0-4 pada aksi pertama 29 Disember lalu namun para pemain skuad Garuda masih belum berputus asa dan mereka tekad memadamkan defisit jaringan itu dalam tempoh 90 minit perlawanan.
“Saya percaya perlawanan esok kita akan menang. Memang para pemain Indonesia banyak tegang pada perlawanan pertama. Mereka kurang pengalaman, sebab itu dapat keputusan seperti kelmarin.
“Perlawanan esok, Thailand tetap lawan yang sukar. Tetapi fikiran saya dan pemain ialah mendapatkan kemenangan,” kata Shin Tae-yong dalam sidang media semalam.

Indonesia memerlukan 5 gol tanpa bolos untuk dinobatkan sebagai juara Piala AFF buat kali pertama dalam sejarah. Ketika keputusan terikat 4-4 secara aggregat,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: