Pelakon Shiqin Kamal mengakui masih belum mempunyai teman istimewa, namun berharap dipertemukan dengan lelaki yang berkongsi minat sama, terutama dalam sukan berkuda.
Artikel Berkaitan: Selepas Pemergian Ibu, Dah 11 Tahun Shiqin Kamal Berjubah Hitam Di Pagi Syawal – ‘Sebab Untuk Saya Beraya Pun Tak Ada’
Artikel Berkaitan: ‘Dah Kahwin Pun Sibuk Size Badan Orang’ – Shiqin Kamal Berang Kena Body Shaming
Nak suami minat berkuda

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama sebenar Nur Ashiqin Mohd. Kamal, 34, berkata dia terbuka untuk mengenali seseorang. Namun, buat masa ini, keutamaannya lebih terarah kepada aktiviti berkuda yang disifatkannya sebagai bentuk terapi dan ketenangan diri.
Saya masih single and available (solo). Saya memang tak ada sesiapa, kalau tengok Instagram saya kini aktif berkuda.
Bagi saya, aktiviti berkuda ni macam ‘healing’.
Hati saya kini dimiliki kuda. Saya tidak menjaga hati sesiapa, jaga hati sendiri…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: