
PETALING JAYA – SHM Shipcare Sdn. Bhd. (SHM Shipcare) telah menerima Anugerah Program CSR Terbaik bersempena Anugerah Perdana NGO Malaysia 2025, sebuah majlis berprestij yang dianjurkan oleh Yayasan Generasi Malaysia baru-baru ini.
Penyampaian anugerah tersebut adalah untuk mengiktiraf sumbangan cemerlang pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi korporat dalam pembangunan sosial dan kesejahteraan komuniti.
Pengarah Eksekutif syarikat, Datuk Huzefa Zainuddin berkata, anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen berterusan SHM Shipcare dalam melaksanakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang memberi impak positif dan mampan kepada komuniti.
Menurut beliau, pelaksanaan program tersebut meliputi aspek kebajikan sosial, pendidikan, kelestarian alam sekitar serta kerjasama strategik bersama badan bukan kerajaan (NGO).
“Pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat kepada SHM Shipcare untuk terus memperkukuh komitmen CSR, kami percaya bahawa pertumbuhan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
