Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Shopee iktiraf 116 individu cemerlang dalam industri e-dagang

today1 November 2024

Background


PETALING JAYA- Shopee telah mengiktiraf 116 individu cemerlang melalui Shopee Superstar Awards 2024 yang turut dihadiri lebih daripada 500 hadirin termasuk afiliasi utama dan peneraju industri.

Anugerah tersebut telah meraikan  ramai individu yang mencatat kejayaan dalam 20 kategori berbeza, termasuk beberapa anugerah pilihan peminat yang dipilih melalui undian awam.

Ketua Komunikasi Kerajaan dan Perhubungan Awam Shopee Malaysia, Nadia Anwar berkata, acara ini bertujuan untuk meraikan pencapaian bakat cemerlang mereka dalam menyokong pertumbuhan e-dagang negara.

“Shopee Superstar Awards 2024 ini menyerlahkan impak besar Afiliasi Shopee kepada penjual dan jenama tempatan yang memacu pertumbuhan komuniti dalam sektor dagangan secara online negara.

“Tahun ini, kami berbesar hati mengalu-alukan lebih 300,000 afiliasi baharu ke dalam ekosistem kami, menunjukkan peningkatan tiga kali ganda daripada tahun lalu,” katanya dalam acara Shopee Superstar Awards 2024 di sini baru-baru…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post