PETALING JAYA – Shoraka Digital Ventures (SDV) melalui salah satu syarikat permulaan penyelesaian fintechnya, Shoraka Global Resources Sdn. Bhd. (SGR), telah menandatangani kerjasama strategik dengan Yayasan Hijrah Selangor (Yayasan Hijrah).
Kerjasama tersebut bertujuan untuk memudahkan penghijrahan tawaran kewangan konvensional kepada konsep patuh syariah.
Ia juga akan membolehkan penerima kredit mikro yang kebanyakannya daripada golongan B40 yang tidak mudah mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan Islam.
Pengarah Urusan SDV, Johar Amat berkata, usaha sama ini merupakan satu kejayaan penting bagi Kumpulan kerana ia selaras dengan aspirasi kumpulan untuk memudahkan pengembangan penawaran kewangan Islam kepada semua segmen masyarakat, termasuk yang kurang berkemampuan.
“Dengan kerjasama ini, kami ingin menjadi fasilitator kepada Yayasan Hijrah Selangor untuk menyediakan produk dan penyelesaian patuh syariah kepada penerima mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: