Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Shuib Didenda RM10,000, Mengaku Bersalah Promosi ‘Vape’ Dalam Podcast

today7 January 2026

Background
Shuib Didenda RM10,000, Mengaku Bersalah Promosi 'Vape'


Pelawak Maharaja Lawak, Shahmira Muhammad yang lebih dikenali sebagai Shuib Sepahtu didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan mempromosikan produk rokok elektronik (vape) di saluran podcast miliknya, Dol’s Podcast, dua tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhi Majistret Ezrene Zakariah selepas Shuib sebagai penerbit program mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan, petik Harian Metro.

Selaku orang kena saman (OKS), mahkamah mengarahkan Shuib dipenjara setahun sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Shuib didakwa mengikut Seksyen 9(3) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(3)(a)(i) akta sama, memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-keduanya jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa KKM, Kua Ah Kiong meminta hukuman setimpal mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan peribadi OKS yang jelas melanggar Akta 852.

Tambahnya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post