Imane Khelif, petinju wanita Algeria yang kini tular di media sosial, mencuri perhatian ramai setelah kalahkan lawannya dalam masa 46 saat semasa pertandingan tinju wanita di Olimpik Paris pada 1 Ogos 2024.
Namun, kemenangannya diselubungi kontroversi kerana dia didakwa mempunyai biologis lelaki.
Beliau yang berumur 25 tahun adalah seorang petinju amatur dari Algeria yang lahir pada 2 Mei 1999 dan berasal dari Tiaret, sebuah perkampungan di barat laut Algeria, lapor Sport Now.
Beliau pernah mewakili Algeria dalam Olimpik Tokyo 2020 dan Paris 2024.
Semasa beliau masih sekolah, dia terpaksa ke kampung sebelah untuk menghadiri sesi latihan dan menjual besi tua untuk membayar tiket bas.
Ayahnya juga difahamkan tidak pernah bersetuju beliau menyertai tinju kerana sukan itu bukan untuk anak perempuan.
Imane Khelif memulakan kariernya dalam Kejuaraan Tinju Wanita Dunia AIBA 2018 di New Delhi, di mana dia tersingkir di peringkat pertama dan berada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
