Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Siapa Sangka Di Sebalik Kanvas Kelabu, Tersorok Ford Mustang Klasik Bernilai Lebih RM2.37 Juta Di Sarawak

today2 November 2025

Background
Siapa Sangka Di Sebalik Kanvas Kelabu, Tersorok Ford Mustang Klasik Bernilai Lebih RM2.37 Juta Di Sarawak


Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak dilaporkan menyita sebuah kenderaan import klasik di Miri.

Model kereta Ford Mustang Shelby GT500 itu disyaki tidak berkastam dengan nilai keseluruhan sitaan dianggarkan lebih RM2.37 juta.

Baca Juga:

Memetik TV Sarawak, pemeriksaan dilakukan pada 7 Oktober lalu sekitar jam 3.15 petang oleh sepasukan pegawai dari Unit Operasi Darat, Cawangan Penguatkuasaan JKDM Stesen Miri, hasil maklumat Zon Risiko Sarawak.

“Pasukan pemeriksa menemui sebuah kenderaan ditutup dengan kanvas berwarna kelabu di belakang premis perniagaan kosong di Sungai Tujuh, Kuala Baram, Miri.

“Hasil pemeriksaan mendapati ia sebuah Ford Mustang model Shelby GT500 tanpa nombor pendaftaran sah dan disyaki tidak berkastam,” kata Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Datuk Norizan Yahya.

Menurut beliau, nilai kenderaan dianggarkan RM679,339.50. Sementara jumlah duti import dan cukai terlibat sebanyak RM1,700,048.25.

Jumlah keseluruhan sitaan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Sukan

Miyu takluk Golf Maybank LPGA

Kuala Lumpur: Pemain nombor enam dunia Miyu Yamashita dari Jepun menampilkan ketenangan luar biasa untuk menjulang kejuaraan Golf Maybank LPGA 2025 selepas melalui detik mendebarkan DALAM saingan ‘play-off’ tiga penjuru di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur (KLGCC) di Bukit Kiara di sini hari ini.

today2 November 2025