
Bagi pemilik kenderaan diesel persendirian di Semenanjung Malaysia, ada berita yang pastinya melegakan poket anda. Mulai 27 Jun ini, anda sudah boleh mula menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter melalui akses awal program BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel).
Langkah awal ini diumumkan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, sebagai persediaan rapi sebelum program tersebut dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara pada 1 Julai depan, di mana harga diesel akan diselaraskan kepada RM2.10 seliter.
Menurut beliau, fasa akses awal ini sangat penting bagi memastikan peralihan kepada mekanisme subsidi baharu ini berjalan dengan lancar dan tanpa sebarang gangguan kepada pengguna lapor Buletin TV3.
Cara Tebus Mudah, Hanya Guna MyKad
Satu perkara yang menarik tentang mekanisme baharu ini adalah kemudahannya. Anda tidak perlu memohon kad khas yang renyah. Cukup sekadar membawa kad pengenalan diri yang sentiasa ada di dalam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: