GEORGE TOWN – Kedatangan pelancong dari China ke negeri ini melonjak dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan utama mereka.
Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai berkata, rekod menunjukkan sebanyak 121,030 pelancong China hadir dari Januari hingga Julai lalu berbanding hanya 16,480 orang dalam tempoh sama pada 2023, iaitu peningkatan 634.4 peratus.
“Peningkatan luar biasa itu turut mengatasi angka 2024 apabila hanya 59,420 pelancong direkodkan, menjadikan pertumbuhan tahun ke tahun mencecah 103.7 peratus.
“Susulan permintaan kukuh itu, Sichuan Airlines mengumumkan peningkatan kekerapan laluan terus Chengdu-Pulau Pinang kepada penerbangan harian setiap hari mulai hujung Oktober ini hingga Mac 2026,” katanya di sini, hari ini.
Hon Wai berkata, keputusan syarikat penerbangan tersebut adalah bukti keyakinan pasaran antarabangsa terhadap tarikan pelancongan Pulau…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: