Site icon Kool FM

Sidec bantu peralihan PKS ke arah digital


PETALING JAYA – Perbadanan Teknologi Maklumat & Ekonomi Digital Selangor (Sidec), telah mengagihkan dana sebanyak RM5 juta kepada 1,048 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui Geran Padanan Digita­lisasi PKS Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yong Kai Ping berkata, melalui dana tersebut, PKS boleh memperoleh geran padanan sehingga RM5,000 untuk menggalakkan mereka mengambil langkah pertama dalam mendigitalkan perniagaan masing-masing.

Menurut beliau, pada bulan Oktober lalu, sebanyak 1,047 PKS telah berjaya mendigitalkan perniagaan mereka dalam lima bidang utama iaitu sistem sumber manusia dan gaji, perakaunan awan, pemasaran digital, e-dagang serta gerbang pembayaran.

“Melalui inisiatif itu, keba­nyakan PKS terlibat dalam sektor perkhidmatan, pembuatan, makanan dan minuman (F&B), peruncitan dan per­dagangan, pendidikan dan logistik menyaksikan pe­ningkatan jualan serta meminimumkan kos operasi.

“Ia juga memberi manfaat bukan sahaja kepada penduduk di kawasan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version