Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

SIDEC promosi jenama tempatan ke pasaran antarabangsa

today7 August 2022

Background


SHAH ALAM- Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) mahu memastikan lebih banyak  jenama fesyen tempatan dipromosikan ke seluruh dunia melalui platform maya.

Ketua Pegawai Eksekutif SIDEC, Yong Kai Ping berkata, jenama tempatan berpotensi berkembang di peringkat global berdasarkan reka bentuk pakaian yang unik yang dihasilkan pereka fesyen tempatan.

“Bagi mencapai usaha tersebut,  program Pemecut Fesyen Selangor (SFA) yang julung kali diperkenalkan tahun ini adalah langkah tepat untuk menyokong perniagaan fesyen.

“Program ini akan memilih enam jenama tempatan ke peringkat akhir bagi mereka memperoleh peluang untuk membentangkan idea kepada pelabur dan rakan kongsi industri untuk melabur dalam jenama mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan SFA di  i-City di sini baru-baru ini.

Kai Ping menerangkan,  peserta program yang terpilih akan menerima akaun SQL bernilai RM948, SQL Payroll (RM588), pakej ringan dan mudah Sprii…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS


Previous post