PETALING JAYA – Signature International Berhad (Signature), pengeluar kabinet dapur terkemuka, mengumumkan cadangan mengambil alih 23.67 peratus pegangan dalam syarikat tersenarai di Pasaran Utama, Fiamma Holdings Berhad (Fiamma) dengan jumlah pertimbangan tunai RM180 juta.
Usaha ini adalah untuk memanfaatkan daripada liputan meluas Fiamma di seluruh negara dalam rangkaian pengedaran dan perkhidmatan peralatan elektrik rumah serta dapur.
Perniagaan utama Fiamma dan anak syarikatnya adalah berhubung peralatan elektrik rumah dan dapur yang mana ia memiliki banyak jenama dalaman yang diyakini seperti Elba, Faber, Rubine, Tuscani dan Haustern.
Menurut maklumannya dalam Bursa Malaysia, Kumpulan telah memeterai Perjanjian Penjualan Saham Bersyarat (SSA) dengan pemegang saham utama Fiamma, iaitu Lim Choo Hong.
Perjanjian tersebut adalah untuk memperoleh 120 juta saham biasa atau 23.67 peratus kepentingan ekuiti untuk pengambilan alih berdasarkan pertimbangan pembelian RM1.50…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
